Menjana pendapatan dengan Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya kenalkan dulu diri saya kepada anda yang sudi klik dan membaca Blog saya.

Pertama sekali saya ingin ucapkan Jutaan terima kasih kepada semua follower2 saya yang sudi ikuti perkembangan bisnes saya.

saya juga rasa bersyukur apa yang saya hasilkan dapat membantu usahawan-usahawan bangun dan membuka minda untuk menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan. 




Saya kenalkan diri saya dahulu ,
Nama saya Taufiq Amini Bin Dollkawaid berasal dari Kuala Lumpur. sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. 

Pekerjaan saya adalah perniaga online 100% di rumah. 
Saya tidak mempunyai Boss dan saya juga tidak mempunyai pembantu (mungkin lepas ni perlukan pembantu) .

Saya mula berniaga dari zaman sekolah lagi.. zaman tiada kemudahan internat dan Laman2 sosial seperti sekarang.

sejak 2006 saya mulakan perniagaan saya melalui internat dan talian secara online sehinggalah ke hari ini.

Pencapaian :
Di segi Pencapaian perniagaan internat perlukan Ilmu, Fokus, Kesabaran dan Guru bimbingan.

Dengan ilmu yang sedikit ini banyak yang saya dapat praktikkan untuk saya buat pemasaran online.

dari 2006 sehingga 2017 Alhamdulillah pencapaian perniagaan melalui online saya antara RM5000 ke RM30,000 sebulan.

Saya rasa orang lain sudah tentu sudah lebih besar pencapaian mereka dalam perniagaan Online. 

Berapa  Modal perniagaan ? 
Saya berasal dari keluarga susah, belajar pun di Universiti yang FREE. nak berniaga memang perlukan modal . 
masa nak mula meniaga boleh kata saya takde modal . tambah pula masa tu saya masih belajar.

Masa tahun 2006 tu adalah zaman orang suka berBlog . Perasan tak masa tu ramai orang suka menulis, meluah perasaan, cerita pengalaman hidup , buat iklan2 ceramah kat blog2 masa tu... ada siapa perasan ke ? 

Masa tu juga saya ambil peluang jadikan Blog sebagai medium tempat promosi perniagaan saya. 

Dengan modal "ZERO" saya hanya lepak Cyber Cafe menulis blog2 perkenalkan perniagaan saya dan membuat promosi2 di dalam blog saya. 

Alhamdulillah tahun 2006 tu dengan penulisan blog sahaja saya dapat menjana pendapat RM5000 ke RM7000 sebulan. Masa tu saya masih bujang dan masih lagi belajar di Universiti. ala... student2 lagi la masa tu...

Ada tak yang buat duit RM7000 masa belajar ke di sini ? 
kalau ada, Alhamdulillah. memang mereka yang dah belajar cari duit ketika belajar , sekarang rasa2 dah rezki mereka makin murah dan dah dapat RM70,000 sebulan. Amin...




Bagaimana mulakan perniagaan dengan Blog ?

Mungkin ramai tertanya bagaimana saya mulakan pernigaan di Blog ? 

Di sini saya nak bagi tips-tips mudah untuk anda mulakan pernigaan cara santai di rumah tapi dapat cari rezki sampai ribu-ribu ringgit dan puluh-puluh ribu ringgit.

Sila Copy atau catit semua tips2 saya bagi ni :

1. Pertama sekali anda perlu tahu bagaimana cara nak mendaftar akaun Blog.
klik http://blogger.com

2. Kemudian daftar / sign Up guna akaun gmail anda.

3.Seterusnya buat nama Domain Blog anda. Contoh saya buat blog saya nama saya sendiri
  www.taufiqamini.blogspot.com

3. Pilih Tamplet atau dipanggil bentuk blog.

4.Cara nak menulis atau mengarang blog. 

5. Kenali product yang anda nak jual

6. Ceritakan product2 anda dalam Blog

7.   Cara nak bagi orang kenali Blog anda. 

Jika Anda masih tak tahu dan nak belajar secara terperinci anda perlu belajar secara personal atau cari guru yang boleh bimbing anda. 

Anda boleh klik di link di bawah ini untu saya bantu anda berniaga melalaui Blog dengan kos rendah tapi dapat buat jualan yang banyak.